ISKANDAR PUTERI – Hopital Columbia Asia-Iskandar Puteri (CAH-IP) menyambut tiga bayi merdeka sempena Hari Kebangsaan Ke-63 negara, semalam.

CAH-IP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bayi pertama dilahirkan jam 11.06 pagi.

Bayi perempuan bagi pasangan Nazira Johar, 34, dan Muhammad Afiq Ahmad, 29, dari Taman Mutiara Rini, Skudai itu seberat 3.46 kilogram (kg).

Bayi kedua pula lahir jam 8.54 malam.

Bayi perempuan seberat 3.17 kg itu merupakan anak sulung bagi pasangan Teo Ming Li, 28, dan Ong Jia Sin, 30, yang menetap di Johor Bahru.

Ong dan isterinya mengakui amat bertuah kerana bukan sahaja bakal meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak mereka, malah turut merayakan Hari Kebangsaan pada tarikh berkenaan.

Sementara itu, Nur Amirah Ishak, 31, dan Mohamad Mustaqim Esa, 31, turut menambah ceria warga CAH-IP apabila mereka menyambut bayi lelaki yang merupakan anak ketiga bagi pasangan tersebut pada jam 11.27 malam.

Bayi berkenaan seberat 3.68 kg.

Ketiga-tiga bayi berkenaan disambut oleh Dr. Rohaini Md. Jonit, Dr. Quek Yek Song dan Dr. Victor Gong Hee Hung.

Proses kelahiran ketiga-tiga bayi merdeka berkenaan berjalan lancar. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *