BORNEO CARE TAWAR TIKET PERCUMA BALIK MENGUNDI

BORNEO CARE TAWAR TIKET PERCUMA BALIK MENGUNDI

KOTA KINABALU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menawarkan tiket penerbangan percuma bagi rakyat negeri itu pulang mengundi pada 26 September ini.

Dalam satu kenyataan, Borneo Care berkata, mengundi adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh warganegara dan pengundi berdaftar.

“Sehubungan itu, Borneo Care menerima dana untuk membantu menanggung kos tiket penerbangan rakyat Sabah (pelajar dan golongan bekerja) kembali ke Sabah bagi menunaikan kewajipan mengundi.

“Kami harap peluang ini dimanfaatkan sebaiknya dan hantarkan maklumat berkaitan kepada e-mel borneocare2013@gmail.com,” katanya di sini, hari ini.

Butiran yang diperlukan ialah nama penuh, nombor MyKad, alamat e-mel, nombor telefon dan tarikh penerbangan bagi AirAsia.

Pemohon juga mesti menghantar tangkap layar pengesahan pengundi daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubung Alice menerusi talian 012-2929839, Maria (011-26135788),Gwen Ng (012-2006243), Joel Jalleh (016-2212 088) dan Edmund (011-12081030).

SPR menetapkan pengundian awal pada 22 September ini dan pengundian biasa pada 26 September, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.

Seramai 447 calon bertanding merebut 73 kerusi, membabitkan 390 calon mewakili 16 parti politik serta 56 calon Bebas. – BH

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: