BERSATU JOHOR SERAH KEPADA @MuhyiddinYassin BUAT KEPUTUSAN

BERSATU JOHOR SERAH KEPADA MUHYIDDIN BUAT KEPUTUSAN

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang membantu calon Bebas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pengerusi Bersatu negeri, Mazlan Bujang berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dan perkara tersebut perlu disiasat terlebih dahulu kesahihannya.

“Kita tidak perlu terlalu melatah kerana perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu kerana bimbang memperoleh maklumat yang tidak tepat.

“Kalau betul ada pelanggaran salah laku, perlu diberikan peluang untuk Osman memberikan penjelasan, kita kena matang (dalam membuat keputusan),” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvoi Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dapur Lesung, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Semasa PRK DUN Slim baru-baru ini, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menyampaikan ucapan di sebuah restoran dan menyatakan bahawa Bersatu sudah beralih arah daripada hala tuju penubuhan awalnya.

Video Osman berucap dengan durasi 1 minit 15 saat itu menjadi tular dalam media sosial.

Mazlan berkata, parti di peringkat negeri tidak punya kuasa untuk ambil tindakan dan lembaga disiplin parti wajar menyiasat kesahihan video berkenaan.

Katanya, seorang wakil rakyat perlu memiliki pendirian yang jelas dan tidak seharusnya berkelakuan sepeti budak-budak.

“You kena tanya tuan punya badan, kita kena serah pada dia, wakil rakyat ni bukan budak-budak. Wakil rakyat ini dulu dia cakap saya menipu, sekarang siapa menipu,” katanya.

Sebelum ini Osman pernah mengkritik Mazlan berbohong berkenaan hubungan Perikanan Nasional (PN) di negeri membabitkan Bersatu dan UMNO yang didakwa tidak mempunyai sebarang masalah. – JT

(Visited 11 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: