DATUK MICHAEL ANTARA YANG DIBURU

DATUK MICHAEL ANTARA YANG DIBURU KUALA LUMPUR: Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera ditembak di Bandar Kinrara, Serdang, minggu lalu. Lelaki terbabit dikenali sebagai Loo Lai Ming (Datuk Michael) berusia 40 tahun beralamat Desa Gembira Kondominium Kuala Lumpur dan Choong Aik Boon (Manco@Roy), 48, serta beralamat sama. Pengarah Jabatan Siasatan […]

AHLI GENG 21 DIBURU, TERLIBAT KES TEMBAK

AHLI GENG 21 DIBURU, TERLIBAT KES TEMBAK JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan seorang ahli Geng 21 berhubung kes samun, cuba bunuh dan melepaskan tembakan dalam kejadian di hadapan Pangsapuri Permai Plentong, 8 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata suspek, B Sarjit Singh, 23, beralamat di Kampung Sungai Plentong dicari […]

SENARAI KABINET SABAH

SENARAI KABINET SABAH Ketua Menteri: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd. Noor Timbalan Ketua Menteri: YB Datuk Seri Bung Moktar RadinYB Datuk Dr. Jeffrey Gapari KitinganYB Datuk Dr. Joachim Gunsalam Menteri:Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan – YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun Kementerian Pertanian dan Perikanan – YB Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan […]

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C JOHOR BAHRU – Seramai 509 penagih dadah tegar di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sejak Januari lalu hingga kini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka merupakan penagih yang sudah tiga kali ditahan atas keselahan sama dan […]

HAJIJI KM, BUNG MOKTAR, JEFFRY, JOACHIM TKM SABAH YANG BAHARU

HAJIJI KM, BUNG MOKTAR, JEFFRY, JOACHIM TKM SABAH YANG BAHARU KOTA KINABALU: Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi tadi. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini. Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk […]

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN KULAI – Sebanyak 175 Kes kemalangan jalan raya dicatatkan yang melibatkan pelajar sekolah dari Januari hingga bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan memberitahu, daripada jumlah itu, kemalangan maut melibatkan 75 kes; cedera parah (41); cedera ringan (37) dan kemalangan dengan kerosakan (22). “JSPT […]

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI MUAR – Persatuan Pelancongan Daerah Muar (Muar Tourism) akan menubuhkan Koperasi Pelancongan Daerah khusus untuk hampir 100 ahlinya yang akan berperanan meningkatkan pendapatan mereka menerusi pelaburan perniagaan koperasi. Pengerusi Muar Tourism, Sallehudin Satar berkata, pada permulaan koperasi itu akan terlibatkan dalam perniagaan berteraskan produk pelancongan bersekala sederhana. “Kerajaan menyediakan […]

HAJIJI DIUMUM KETUA MENTERI BAHARU SABAH

HAJIJI DIUMUM KETUA MENTERI BAHARU SABAH KOTA KINABALU – Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Penamaan itu disokong sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Perkara itu dimaklumkan sendiri Hajiji pada sidang media selepas perjumpaan tertutup GRS sebentar tadi. Majlis Angkat […]

3 KLUSTER BAHARU, 2 DI SABAH

3 KLUSTER BAHARU, 2 DI SABAH PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 membabitkan dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kluster baharu di Sabah dikenali Kluster Buang Sayang dan Kluster Kg Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster […]

SIAPA KM BAHARU SABAH DIUMUMKAN ESOK

SIAPA KM BAHARU SABAH DIUMUMKAN ESOK KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijangka membuat pengumuman berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu esok. Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini. “Jam 2,30 petang tadi, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO […]

JURUTERA MAUT, ISTERI DAN 2 ANAK CEDERA PERODUA ARUZ DILANGGAR PROTON PERDANA

JURUTERA MAUT, ISTERI DAN 2 ANAK CEDERA PERODUA ARUZ DILANGGAR PROTON PERDANA SHAH ALAM: Seorang jurutera maut, manakala isteri serta dua anak mereka selamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian pada jam […]

BUNG MOKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA

BUNG MUKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, berada di Istana Negeri bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, ketika ini. Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Magellan Sutera Resort di sini, dipercayai […]

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3 KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Berdasarkan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiga parti utama yang membentuk GRS iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan […]

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN JOHOR BAHRU – Seramai 246 individu RM1,000 dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan dan tídak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkansemasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berhibur di pusát hiburan malam tadi. Mereka diperiksa dalam satu operasi bersepadu melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di dua buah […]

SAYA TAK BERTANDING PADA PRU-15 – TUN M

SAYA TAK BERTANDING PADA PRU-15 – TUN M PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi dalam masa akan terus memerangi rasuah melalui Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). “Saya mahu sedikit masa lagi, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat dalam jangka masa […]

PEJUANG TAK SOKONG ANWAR

PEJUANG TAK SOKONG ANWAR YAN: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata sehingga kini pihaknya tidak diajak untuk berbincang mengenai perkara itu bersama PKR mahupun Anwar sendiri. “Jadi takkan kita nak terhegeh-hegeh untuk menawarkan […]

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di Johor yang dikenal pasti sebagai Kluster Orkim membabitkan kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama iaitu kes ke-10,572 yang dikesan membabitkan seorang kru kapal warganegara […]

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR KULAI – MIC berharap dapat bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presidennya, Tan Sri S. Vigneswaran berkata, MIC sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) termasuk di negeri […]

MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM

MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Majikan yang didapati menyalahgunakan dana Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April lalu akan disenarai hitam. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada 846 pekerja berhubung kegagalan majikan membayar upah kepada mereka. “Ada juga syarikat memberi […]

SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH

SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH KLUANG – Gara-gara cuba menyogok seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), seorang ejen hartanah ditahanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam. Suspek yang berusia 41 tahun bertugas sebagai seorang ejen hartanah bebas ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang pada pukul 5 petang bagi membantu siasatan […]

INSPEKTOR DIDENDA RM6,000 TERIMA RASUAH

INSPEKTOR DIDENDA RM6,000 TERIMA RASUAH IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM3,000 kira-kira enam tahun lalu. Tertuduh, Sahrol Zaman Mohd Adom, 38, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, S Indra Nehru. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara […]

KONDO JADI PORT PROSES HEROIN

KONDO JADI PORT PROSES HEROIN GEORGETOWN: Penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun berjaya membongkar makmal mini digunakan bagi memproses dadah jenis heroin di sebuah kondominium, di Bukit Tengah di daerah Seberang Perai Tengah, di sini. Pembongkaran kegiatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Pulau Pinang itu turut merampas beberapa jenis dadah […]

PAS MINTA PENJELASAN UMNO

PAS MINTA PENJELASAN UMNO KUALA LUMPUR: PAS meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 […]

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL BUKIT MERTAJAM: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma. Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

ANNUAR DIKUARANTIN

ANNUAR DIKUARANTIN KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Koordinator BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Tan Sri Annuar Musa diarahkan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu bermula hari ini. Dalam kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi, perintah pengawasan dan pemerhatian itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berikutan kontak terdekatnya, […]

ATM BERKAS PEMANDU TEKSI CUBA SELUDUP 3 PATI INDONESIA

KOTA TINGGI, 24 Sept – Cubaan seorang pemandu teksi untuk bersubahat dalam aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak berhasil, apabila ditahan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di kawasan Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor. Penahanan tersebut dibuat oleh kumpulan ronda 1 RAD yang mengesan sebuah teksi jenis Proton Exora […]

DERITA PEMANDU GRAB, MANGSA LANGGAR LARI

DERITA PEMANDU GRAB, MANGSA LANGGAR LARI Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang susuai untuk menggambarkan penderitaan yang dialami Mohammad Fakrul Azam Md Rosli, mangsa langgar lari di persimpangan lampu isyarat Jalan Kangkar Tebrau di sini pada 26 Jun lalu. Mohammad Fakrul, 22, merupakan […]

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol, hari ini. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibrahim; Tunku Panglima Johor, […]

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN ISKANDAR PUTERI – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan pengauditan sisa ke atas 6,474.68 kilogram sisa pepejal. Sisa berkenaan dibersihkan sempena program World Cleanup Day 2020 di 11 lokasi di negeri ini antaranya di Pantai […]

SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL

SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL JOHOR BAHRU – Suharnizan Md. Sidek yang menjadi mangsa body shaming masih tertekan kerana video dan gambarnya bersama-sama anak-anak masih boleh ditonton dan disebarkan dalam media sosial. Walaupun begitu Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah, terus mendapat simpati terutama netizen yang terus memberikan kata-kata semangat dan motivasi terhadap dirinya. […]

TUN M: BUKAN KALI PERTAMA ANWAR DAKWA ADA SOKONGAN MAJORITI

TUN M: BUKAN KALI PERTAMA ANWAR DAKWA ADA SOKONGAN MAJORITI KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bukan pertama kali Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan. Bercakap menerusi Zoom di Nutanix’s Asean CIO Virtual Summit, Dr Mahathir berkata, semua pihak perlu menunggu Ahli Parlimen […]

BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN

BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN JOHOR BAHRU – Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli-belah di Tampoi di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada pukul 12.55 tengah hari. […]

4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR

4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR PASIR GUDANG – Modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kesultanan Islam Johor yang diperkenalkan awal bulan ini di 578 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) akan dicontohi sekolah agama di empat negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, empat negeri berkenaan akan menggunakan modul […]

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sekolah pendidikan khas adalah perkara yang amat dekat di hati beliau dan keluarganya. Menurutnya, pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mahupun keupayaan dan setiap anak Johor […]

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah. Perdana Menteri berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk menubuhkan kerajaan, perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang […]

AHMAD ZAHID: UMNO, BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR

AHMAD ZAHID: UMNO, BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyatakan sokongan terhadap Ahli […]

ANWAR DAKWA DAPAT SOKONGAN MAJORITI AMBIL ALIH KERAJAAN

ANWAR DAKWA DAPAT SOKONGAN MAJORITI AMBIL ALIH KERAJAAN KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengumumkan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat majoriti yang cukup kukuh Ahli Dewan Rakyat. Pengerusi PH itu berkata, beliau cuba mengadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 11 malam […]

@MYCoastGuard TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA

MARITIM TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA PONTIAN – Maritim Malaysia Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah dari Singapura kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, dekat sini semalam. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal ronda maritim menahan kapal tersebut pada pukul 12 tengah hari semasa melaksanakan pemeriksaan rutin Op […]

BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA KLUANG – Tiga beranak yang menaiki kereta Proton Saga terperangkap dalam banjir kilat di Pasar raya Econsave Kluang, Jalan Mersing di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 6.17 petang, seorang wanita, 47, dan dua anaknya yang berusia 10 dan 11 tahun terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan […]

MANGSA KEBAKARAN ADA MASALAH PERIBADI

MANGSA KEBAKARAN ADA MASALAH PERIBADI ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang maut dalam kebakaran di tingkat dua sebuah kedai di Taman Melawati, Skudai dekat sini semalam dipercayai mengalami tekanan dan mempunyai masalah peribadi. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa berusia 29 tahun itu sudah dua bulan tidak bekerja dan sebelum […]

PRN SABAH: PESAKIT COVID-19 TAK DIBENARKAN MENGUNDI

PRN SABAH: PESAKIT COVID-19 TAK DIBENARKAN MENGUNDI PUTRAJAYA – Pengundi yang positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini, demikian diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini memuktamadkan keputusan itu bagi […]

@POLISJOHOR TUMPASKAN DUA SINDIKET DADAH

POLIS JOHOR TUMPASKAN DUA SINDIKET DADAH Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan dua sindiket dadah yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu dalam dua operasi berasingan pada 16 dan 19 September lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi itu 13 suspek berusia antara 17 hingga 62 […]

@POLISJOHOR LUPUSKAN DADAH BERNILAI RM14.6 JUTA

POLIS JOHOR LUPUSKAN DADAH BERNILAI RM14.6 JUTA JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini melupuskan sejumlah 877.40 kilogram dan 251.63 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM14.6 juta. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 3,844 kes dadah dalam tempoh 2008 hingga 2019. “Antara dadah berkenaan ialah heroin seberat 10.64 […]

2 LELAKI DIBERKAS PECAH MASUK RUMAH

2 LELAKI DIBERKAS PECAH MASUK RUMAH ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lelaki semasa memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di sini kelmarin. Kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 41 tahun melakukan jenayah itu pada pukul 12.20 tengah hari semasa tuan rumah tersebut berada di Singapura disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun, […]

PELAJAR TINGKATAN 5 KORBAN PEMANDU MABUK

PELAJAR TINGKATAN 5 KORBAN PEMANDU MABUK KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah PERODUA Myvi dipandu seorang pemandu mabuk di Jalan Raja Laut di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, yang menunggang Yamaha Y15 maut […]

LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut dalam kebakaran di rumah kedai dua tingkat di Taman Melawati, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 6.04 petang, Pan Cheng Bin, 29, dipercayai berada di tingkat atas kedai itu dan tidak sempat melarikan diri. Ketua Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, […]

PROJEK REHABILITASI SG. KIM KIM DALAM BELANJAWAN JOHOR 2021 @Hasni_Johor @Vidyananthan

PROJEK REHABILITASI SG. KIM KIM DALAM BELANJAWAN JOHOR 2021 JOHOR BAHRU – Projek Rehabilitasi Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang akan diusahakan empat universiti dicadangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2021 yang dijadual dibentangkan pada hujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyanathan berkata, cadangan untuk mendapatkan peruntukan projek berkenaan […]

BEKAS JURUTEKNIK PERLU SUMBANGAN ORANG RAMAI

BEKAS JURUTEKNIK PERLU SUMBANGAN ORANG RAMAI Oleh Abu Hanifah Muhamad KOTA TINGGI – Seorang bekas juruteknik memerlukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos perbelanjaan bulanannya yang agak tinggi. Fauzidatul Akmar Sa’fiee, 35, dari Teluk Jeri, Tanjung Sedili di sini kini terlantar selepas diserang angin ahmar dan segala keperluannya diuruskan bapanya. Menurut bapanya, Sa’fiee Abas, 61, […]

BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA

BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA MERSING – Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemukan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut, di sini hari ini. Bayi berkenaan ditemuikan pada pukul 2 petang selepas pihak polis dimaklumkan oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward […]

2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR

2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR MUAR – Seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama bapanya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas di sini sejak kelmarin ditemukan mayatnya hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, mayat Muhammad Azwan Zainal, 25, […]

MBJB ARAH TURUN JALUR GEMILANG, BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM, PERSENDIRIAN

MBJB ÂRAH TURUN JALUR GEMILANG, BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM, PERSENDIRIAN JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang. MBJB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, langkah itu selaras dengan arahan kerajaan negeri menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor […]

MUZIUM EKO FOREST CITY KINI DIBUKA

MUZIUM EKO FOREST CITY KINI DIBUKA JOHOR BAHRU – Muzium Eko Forest City yang terletak bersebelahan Hotel Antarabangsa Marina Forest City membuka pintunya kepada orang ramai mulai hari ini. Pemaju hartanah terkemuka tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, fasa pertama pembangunan muzium itu yang merangkumi dewan pameran dan sebuah makmal penyelidikan sudah siap sepenuhnya. Lebih 100 […]

ALFATIHAH…BEKAS MB TERENGGANU MENINGGAL DUNIA

ALFATIHAH…BEKAS MB TERENGGANU MENINGGAL DUNIA Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia awal pagi ini. Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat sakit tua. Berita kematian bekas Menteri Besar Terengganu paling lama itudimaklumkan anak Allahyarham, Wan Abdul Hakim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air […]

MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG

MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG MUAR – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama anaknya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas sejakkelmarin ditemukan mayatnya hari ini. Mayat Zainal Jerman, 61, ditemukan terapung pukul 3.25 petang oleh sekumpulan nelayan tempatan yang membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, […]

MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING – @MYCoastGuard

MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan ditahan dalam dua Ops Benteng Laut di timur Tanjung Siang, dekat sini semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Tan Ah Bik berkata, kapal tangki berkenaan ditahan kapal ronda maritim kira-kira 14 batu nautika timur Tanjung […]

8,707 KES DENGGI DI JOHOR DENGAN 32 KES KEMATIAN

8,707 KES DENGGI DI JOHOR DENGAN 32 KES KEMATIAN JOHOR BAHRU – Situasi denggi di negeri ini amat membimbangkan apabila mencatatkan 8,707 kes sejak awal tahun hingga 12 September lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Aman Rabu berkata, statistik Johor Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menunjukkan peningkatan 6.2 peratus berbanding 8,200 kes bagi tempoh sama pada tahun […]

DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS

DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS MUAR – Dua beranak yang juga nelayan dikhuatiri lemas semasa menangkap ikan bersama-sama dua lagi nelayan di Tanjung Emas, Sungai Muar di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, Zainal Jerman, 61, dan anaknya Muhammad Azwan, 25, bersama-sama Low Guan Ching, 37, dan Muladi Abdullah, 40, yang merupakan warga […]

SUKMA JOHOR TETAP DIANJURKAN TAHUN DEPAN

SUKMA JOHOR TETAP DIANJURKAN TAHUN DEPAN ISKANDAR PUTERI – Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 akan tetap diadakan pada tahun depan walaupun berdepan Covid-19. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, temasya sukan itu tidak akan ditangguh atau dibatalkan kerana tindakan tersebut akan memberi isyarat salah terhadap komuniti sukan. “Bagaimanapun, beberapa […]

KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15

KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15 Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GÙDANG – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan ini tidak wajar đijadikan penentu untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sama ada menang atau kalah, kêputusan PRN tersebut tidak harus đijadikan […]

PEMILIK, PEKERJA KILANG DIREMAN PASANG BENDERA TERBALIK

PEMILIK, PEKERJA KILANG DIREMAN PASANG BENDERA TERBALIK KULAI – Seorang pemilik kilang dan pekerjanya ditahan reman tiga hari kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai, baru-baru ini. Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin membenarkan tahanan reman itu terhadap pemilik kilang berumur 56 tahun dan pekerja lelaki warga […]

BORNEO CARE TAWAR TIKET PERCUMA BALIK MENGUNDI

BORNEO CARE TAWAR TIKET PERCUMA BALIK MENGUNDI KOTA KINABALU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menawarkan tiket penerbangan percuma bagi rakyat negeri itu pulang mengundi pada 26 September ini. Dalam satu kenyataan, Borneo Care berkata, mengundi adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh warganegara dan pengundi berdaftar. “Sehubungan itu, Borneo Care menerima dana untuk membantu menanggung kos […]

SULTAN IBRAHIM LANTIK TMJ KETUAI AKTIVITI BELIA

SULTAN IBRAHIM LANTIK TMJ KETUAI AKTIVITI BELIA JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan mêmimpin semua aktiviti serta program belia di negeri ini. Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dạtuk Dr. Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim berpendapat Tunku Ismail mempunyai […]

HASNI BERTEMU PM BINCANG PELAJAR ANTARABANGSA DIBENAR BERULANG-ALIK

HASNI BERTEMU PM BINCANG PELAJAR ANTARABANGSA DIBENAR BERULANG-ALIK JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad akan mengemukakan cadangan segera supaya 800 hingga 900 pelajar antarabangsa dapat berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru bagi meneruskan sesi persekolahan mereka. Justeru, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat untuk membincangkan […]

TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT

TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Polis tidak akan bertolak-ansur dan menahan pengikut ajaran sesat yang dikesan menjadi ancaman dan membahayakan keselamatan awam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, jika melangkaui garisan keselamatan negara, mereka akan segera diburu terutamanya jika ada cubaan untuk mengumpul […]

BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH

BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki yang dibaluti dengan kain lampin ditemukan orang awam di tepi tong sampah di hentian bas Jalan Mahmoodiah, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemukan oleh seorang lelaki […]

LELAKI BANGLADESH DITETAK SEMASA DISAMUN

LELAKI BANGLADESH DITETAK SEMASA DISAMUN JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Bangladesh cedera selepas ditetak seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.20 petang semasamangsa yang berusia dalam lingkungan […]

3 MANGSA BOT KARAM DITEMUKAN TERDAMPAR DI PULAU TEKONG

3 MANGSA BOT KARAM DITEMUKAN TERDAMPAR DI PULAU TEKONG JOHOR BAHRU – Dua remaja tempatan dan seorang warga Singapura yang keluar menangkap ikan di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam ditemukan terdampar di Pulau Tekong, Singapura hari ini. Ogeven Ogen, 14, dan Timutius Tan, 16, berasal dari Teluk Kabong, Pasir Gudang yang merupakan sepupu manakala Ong […]

SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK?

SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK? JOHOR BAHRU – Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda) melahirkan kekesalan apabila nama parti politk baharu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ikatan Demokratik Malaysia menggunakan singkatan nama yang sama. Aktivis Muda, Onn Mahathir Md. Nasir berkata, pihaknya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk golongan muda di negeri ini sudah […]

TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA

TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari Jambatan Permas Jaya ke dalam Sungai Plentong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Âsisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki berusia 26 tahun itu terjun kira-kira pukul 10 pagi. “Insiden tersebut disedari dua nelayan yang […]

MAQIS RAMPAS BIJI KOPI DARI INDONESIA

MAQIS RAMPAS BIJI KOPI DARI INDONESIA KULAI – Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menggagalkan cubaan membawa masuk bungkusan mengandungi biji kopi dari Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini semalam. Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A.Rahman berkata, kandungan bungkusan itu berjaya dibongkar dalam pemeriksaan pada pukul 10 pagi semasa seorang wanita […]

CUBAAN SELUDUP DADAH GAGAL, SYABU DISEMBUNYIKAN DALAM PELAMPUNG

CUBAAN SELUDUP DADAH GAGAL, SYABU DISEMBUNYIKAN DALAM PELAMPUNG JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dâdah jenis syabu yang disembunyikandalam bungkusan teh Cina sebelum memasukkannya dalam dua buah pelampung di perairan Tanjung Piai, Pontian, hari ini Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Johor, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, pihaknya menemukan dâdah itu pukul […]

JANGAN SEMBUNYI PELAJAR TERLIBAT DADAH

JANGAN SEMBUNYI PELAJAR TERLIBAT DADAH JOHOR BAHRU – Pihak sekolah diminta tidak menyembunyikan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan pelajar daripada pihak berkuasa yang melakukan siasatan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, kerjasama perlu diberikan bagi memudahkan masalah têrsebut dapat dibanteras dalam kalangan pelajar sekolah. “Siasatan ini kita buat secara dalaman, […]

MAUT REMPUH TIANG ELEKTRIK

MAUT REMPUH TIANG ELEKTRIK KLUANG – Seorang wanita maut selepas kêreta Proton Iswara dipandu terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kampung Seri Maju, JalanMãcap, dekat sini hari ini. Komander Ơperasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mustafa Yusof berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.27 malam tadi ketika mangsa, Norhaili Abu Main, 38, memandu sendirian. “Sembilan anggota […]

3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS

3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS JOHOR BAHRU – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kesa samun dan mencederakan seorang wanita warga emas di Taman Pelangi di sini pada 22 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, bertindak atas maklumat, pada pukul 6 petang, sepasukan anggota polis dari […]

JANGAN LEKA, TERUS PANTAU SUNGAI KIM KIM

JANGAN LEKA, TERUS PANTAU SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Kanser Pasir Gudang meminta kerajaan terutamanya agensi dan jabatan berkaitan supaya terus memantau keadaan Sungai Kim Kim di sini yang didakwa masih tercemar. Pengerusi Sahabat Kanser Pasir Gudang, Zarina Abdullah berkata, perhatian perlu diberi terhadap 274 kilang di sepanjang […]

JAWATAN KM SABAH DITENTUKAN LEPAS PRN – @KhaledNordin

JAWATAN KM SABAH DITENTUKAN LEPAS PRN Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah lebih awal merupakan taktik untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan wakil daripada parti mana akan menjadi […]

PENGAWAL KESELAMATAN MATI DIHEMPAP POKOK

PENGAWAL KESELAMATAN MATI DIHEMPAP POKOK Gambar ihsan bomba JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan meninggal dunia selepas pondok pengawal keselamatan tempatnya bertugas dihempap sebatang pokok semasa ribut di Jalan Persona 1, Taman Pelangi Indah di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 3.44 pagi, Amir Muhammad, warganegara Pakistan, 40-an, cedera parah dan pondok keselamatan tersebut roboh. […]

PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS

PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS JOHOR BAHRU: Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri malam esok dianggap pertemuan buku dengan ruas. Perlawanan membabitkan dua pasukan itu boleh dianggap epik ketika skuad Harimau Selatan memerlukan kemenangan untuk berada dalam keadaan selesa bagi menghampiri kejuaraan liga ketujuh, […]

DIHINA EIRA AZIERA, SUHARNIZAN LAPOR POLIS

DIHINA EIRA AZIERA, SUHARNIZAN LAPOR POLIS Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini selepas mendakwanya dirinya dimalukan seorang personaliti media sosial. Menurut Suharnizan, 37, membuat laporan tersebut supaya tindakan dapat diambil terhadap personaliti tersebut, Noorazira […]

VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG

VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG Gambar: ihsan bomba KOTA TINGGI – Tiga pekerja syarikat keselamatan cedera selepas van yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Mersing, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1.59 petang, pemandunya, Sarbini Waribab, 64, dan dua penumpang, Mohd. Arshad Hassan, 52, serta Abdul Azizi Abdullah, 35, […]

CAMPUR DENGAN HASIL PERTANIAN ADA PERMIT UNTUK SELUDUP KE SINGAPURA

CAMPUR DENGAN HASIL PERTANIAN ADA PERMIT UNTUK SELUDUP KE SINGAPURA ISKANDAR PUTERI – Meletakkan hasil pertanian yang tidak mempunyai permit eksport bersama-sama bahan makanan lain yang ada permit bagi mengelirukan pihak pengkuat kuasa semasa melakukan pemeriksaan. Itulah antara modus operandi dilakukan seorang pemandu lori semasa cuba melepasi sekatan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang […]

TAWAR KERJA SEMPENA PROGRAM HARI MALAYSIA

TAWAR KERJA SEMPENA PROGRAM HARI MALAYSIA JOHOR BAHRU – Orang ramai berpeluang untuk mengisi kekosongan pekerjaan melalui sesi temuduga terbuka yang akan diadakan bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini. Antara syarikat korporat yang bakal mengadakan temuduga terbuka itu adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), AEON dan syarikat e-hailing, Best Ride bermula pada pukul 10 pagi. […]

CUBAAN SELUDUP LIMAU DARI SINGAPURA GAGAL

CUBAAN SELUDUP LIMAU DARI SINGAPURA GAGAL JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri mematahkan cubaan membawa masuk buah limau dianggarkan bernilai RM12,480 dengan menggunakan sebuah kereta di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam. Buah limau berkenaan dibawa sebuah kenderaan Mitsubishi Fuso dari Singapura ke Malaysia di laluan kargo import lori […]

71 PEMANDU WARGA ASING DITAHAN JPJ

71 PEMANDU WARGA ASING DITAHAN JPJ JOHOR BAHRU – Seramai 71 pemandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam operasi khas yang diadakan sejak Isnin lalu. Mereka terdiri daripada 37 warga Rohingya, 25 Pakistan, enam Bangladesh dan tiga India sepanjang operasi khas Pemandu Warga Asing (PeWA) dijalankan. Seramai 31 […]

PEMBANTU RUMAH, TEMAN LELAKI DITAHAN SAMUN RUMAH MAJIKAN

PEMBANTU RUMAH, TEMAN LELAKI DITAHAN SAMUN RUMAH MAJIKAN ISKANDAR PUTERI – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dan teman lelakinya ditahan kerana melakukan samun di rumah majikannya di Taman Nusa Idman, di sini pada 6 September lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 27 tahun ditahan […]

124 DITAHAN INGKAR PKPP

124 DITAHAN INGKAR PKPP JOHOR BAHRU – Polis dan Majlis Bandararaya Johor Bahru (MBJB) melakukan serbuan di dua pusat hiburan di sini malam tadikerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu bermula pada pukul 11 malam di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau dan Jalan Ibrahim […]

MAQIS JOHOR RAMPAS 2 KONTENA BULU BIRI-BIRI

MAQIS JOHOR RAMPAS 2 KONTENA BULU BIRI-BIRI ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan dua buah kontena membawa bulu biri-biri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, semalam. Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, pemeriksaan pada jam 3 petang oleh Pegawai Penguat Kuasa Maqis PTP ke atas dua […]

JALALUDIN TERAJUI CAWANGAN KHAS JOHOR

JALALUDIN TERAJUI CAWANGAN KHAS JOHOR JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Cawangan Khas (KCK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Senior Asisten Komisioner Jalaludin Hamid dilantik mengetuai Cawangan Khas Johor berkuat kuasa hari ini. Jalaludin, 56, menggantikan Deputi Komisioner Ahmad Ramdzan Daud yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetian Cawangan Khas Bukit Aman. […]

DEWAN NEGERI JOHOR MELULUSKAN 6 USUL HARI INI :-

DEWAN NEGERI JOHOR MELULUSKAN 6 USUL HARI INI :- 1. Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2. Pelantikan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Raya, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, 3. Pemilihan Ahli Dewan Negara, 4. Tambahan Perbelanjaan Pembangunan Pertama Tahun 2020 sebanyak RM18,801,000 juta, 5. Rang Undang-Undang […]

KAJIAN TRANSFORMASI GLC

KAJIAN TRANSFORMASI GLC KOTA ISKANDAR- Kerajaan negeri sedang menjalankan Kajian Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengkaji prestasi kewangan dan peranannya dalam usaha pemulihan ekonomi negeri. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kajian itu melibatkan usaha untuk meningkatkan nilai tambah GLC bagi memastikan strategi syarikat berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri. ”Selain itu, kajian […]

JEFRIDIN DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

JEFRIDIN DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA KOTA ISKANDAR – Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai Ahli Dewan Negara. Persetujuan dibuat selepas usul memilih beliau dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada persidangan DUN Johor Ke-14, di sini. Pemilihan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 1(2) Jadual […]

JOHOR BERI REBAT CUKAI TANAH SEHINGGA 15%

JOHOR BERI REBAT CUKAI TANAH SEHINGGA 15% KOTA ISKANDAR – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian rebat antara lima hingga 15 peratus bagi cukai tanah bermula tahun ini hingga 2022. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pada tahun ini sebanyak 15 peratus diskaun diberikan dan masing-masing 10 serta 5 peratus pada 2021 dan 2022. […]

KES BULI ATM: POLIS RAKAM 10 SAKSI

KES BULI ATM: POLIS RAKAM 10 SAKSI Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Polis Johor sudah merakam keterangan 10 saksi kes kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggal dunia akibat terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat, 29 Ogos lalu. Keterangan tersebut diambil baru-baru ini yang melibatkan dua pegawai, […]

POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.58 JUTA

POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.58 JUTA JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengedaran dadah yang dikenali Rose Quartz sejak tiga bulan lalu lumpuh selepas kegiatan mereka dibongkar polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi operasi khas itu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik […]

JOHOR WUJUD PUSAT PEMULIHAN AKIDAH

JOHOR WUJUD PUSAT PEMULIHAN AKIDAH KULAI – Negeri ini akan mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah tahun depan bertujuan memulihkan akidah umat Islam yang terlibat dalam ajaran sesat dan fahaman liberal. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pusat itu akan mengikut modul khusus yang ditetapkan bagi memastikan golongan terbabit menerima kaunseling dan kefahaman […]