#SOULofJOHOR – HARGA PELITUP MUKA LEBIH MURAH

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah harga RM1.20 seunit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pihak kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan itu daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

“Memandangkan maklum balas daripada umum dan kita sudah melakukan perbincangan, mungkin (harga siling) diturunkan lagi di bawah RM1.20,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (Kota Melaka-DAP) Khoo Poay Tiong yang meminta kerajaan supaya menyeragamkan dan menurunkan lagi harga siling pelitup muka.

Terdahulu, kerajaan pada 1 Ogos lepas mewajibkan orang awam memakai pelitup muka, khususnya ketika berada di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: