#SOULofJOHOR – GUAN ENG DITAHAN SPRM, DIDAKWA ESOK

GUAN ENG DITAHAN SPRM, DIDAKWA ESOK

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.

Perkara itu disahkan SPRM selepas bekas menteri kewangan itu hadir sekali lagi ke ibu pejabat suruhanjaya tersebut pada jam 9.10 malam tadi.

Menurut sumber SPRM, beliau telah ditahan pada jam 9.30 malam Khamis.

SPRM menerusi satu kenyataan turut memaklumkan telah mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh Guan Eng berhubung kes terowong dasar laut di Pulau Pihang pada esok pagi (7 Ogos) dan di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bawah akta yang sama.

Selain itu, beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos ini bagi kes berlainan pula.

Pada Ahad 26 Julai lalu, Setiausaha Agung DAP itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk kali ketiga bagi memberi keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Beliau meninggalkan bangunan SPRM pada jam 7 malam ditemani Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer selepas lapan jam memberi keterangan. – Astro Awani

(Visited 23 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: