JOHOR BAHRU : Rahsia sebuah rumah di bandar Permas di sini yang dijadikan tempat menyimpan minuman keras seludup terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam semalam.
Dalam serbuan pukul 4.20 petang yang dilakukan pegawai dan anggota Batalion 5 PGA, sebanyak 2,557 botol dan 1,560 tin minuman keras dirampas.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd. Zain berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 42 tahun ditahan dalam rumah berkenaan.

“Kita turut merampas sebuah van jenis Nissan Urvan dan wang tunai berjumlah RM2,587. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM380,318,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berharap orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang menerusi talian hotline IPD itu 07-2182323. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *