OPS HIBURAN: 26 DITAHAN

ISKANDAR PUTERI – Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-63 tercemar apabila 26 orang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusabayu, Gelang Patah di sini malam tadi.

Menerusi Ops Hiburan yang dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki, dua wanita tempatan dan seorang wanita warganegara Indonesia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata,
serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Gelang Patah
selepas mendapat maklumat awam.

Katanya, menerusi serbuan tersebut, mereka yang berada dalam premis sedang minum minuman keras dan leka berhibur.

“Mereka yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 16 hingga 36 tahun.

“Pemeriksaan ke atas premis juga mendapati gagal mengemukakan
lesen hiburan serta tiada Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati 11 daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing turut dijalankan mendapati kesemua tangkapan negatif dadah,” katanya.

Semua tangkapan itu katanya, dikenakan kompaun atas kesalahan
pelanggaran SOP semasa PKPP.

Wanita warganegara Indonesia itu pula katanya, disiasat selanjutnya
di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen, manakala 25 lagi ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ), Seksyen 25(1) Akta Pendaftaran Negara dan Seksyen Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

“Pihak polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan juga pelanggaran SOP semasa PKPP agar tindakan dapat diambil,” ujarnya. – JT

(Visited 7 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: