COVID-19: AMAN JAYA KENA PKPD

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah berkuat kuasa tengah malam ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPDP Secara Pentadbiran itu diputuskan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.

“PKPDP ini berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

“PKPDP ini membabitkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah dan kesemua akan disaring oleh petugas KKM.

“Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki zon terbabit,” katanya. – BH

(Visited 14 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: