#SOULofJOHOR – 18 PEGAWAI DAN ANGGOTA AGENSI PENGUATKUASA DI TANGKAP DI SYAKI TERLIBAT DALAM SINDIKET PENYELUDUPAN MIGRAN

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 18 anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri ini, sejak 2017.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan 18 anggota penguatkuasa itu susulan tangkapan 40 suspek sindiket penyeludupan PATI dalam operasi pada 4 Jun lalu.

“Hasil siasatan berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Johor (JSJJ) melancarkan operasi susulan pada Isnin hingga awal pagi tadi dan berjaya menahan 18 anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai kanan polis negeri ini.

“Kesemua suspek membabitkan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, seorang anggota pangkat rendah Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi, anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman (2) dan anggota pangkat rendah bertugas di IPD Kota Tinggi (9).

“Polis Johor turut menahan 2 pegawai ATM dan 3 anggota ATM lain-lain pangkat, ” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek ditangkap berumur antara 24 hingga 41 tahun dan akan disiasat dibawah Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

Katanya, pihak polis tidak akan bertolak ansur dan melindungi pegawai dan anggota mana-mana agensi penguatkuasa sekiranya mereka didapati benar-benar terlibat dalam sindiket penyeludupan migran.

(Visited 19 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: